Show Desktop Version
(65) 6535 8100

Nicholas Yong

Nicholas Yong adalah Pengarah Peguam di Praktis Litigasi dan Penyelesaian Pertikaian di Fortis Law Corporation. Beliau memperolehi LL.B (Kepujian) dari Universiti Manchester dan Diploma Pascasiswazah dalam Pentadbiran Perniagaan dari Manchester Business School.

Beliau memulakan praktisnya di sebuah firma butik tempatan di mana beliau berkemahiran dalam litigasi umum, dan berikutnya menyertai salah satu firma litigasi insurans tempatan yang terkemuka di Singapura di mana beliau bertindak bagi pihak kebanyakan syarikat insurans utama sebelum menyertai Fortis Law Corporation.

 

Nicholas mempunyai bidang praktis yang luas yang melibatkan korporat, komersial, sivil, pengurusan perbadanan / hak milik strata dan pertikaian keluarga. Kerja-kerja beliau termasuk kecederaan peribadi, kemalangan dan pelbagai tuntutan insurans umum, tuntutan kontraktual, pertikaian komersil dan hartanah, kebankrapan dan ketidakmampuan bayar, pemulihan hutang, pekerjaan dan fitnah. Nicholas juga mewakili klien-klien dalam pertanyaan Koroner, perkara-perkara jenayah, permohonan di bawah Akta Kapasiti Mental (Bab 177A), pengangkatan, perkaraperkara yang melibatkan Wasiat, Amanah dan Probet, serta pertikaian perkahwinan.

 

Nicholas telah mewakili individu-individu dan korporasi-koporasi yang kecil hingga yang besar dalam semua peringkat perbicaraan badan kehakiman, serta dalam arbitrase dan pengantaraan. Beliau juga merupakan editor penyumbang untuk Prosedur Sivil Singapura edisi 2015 dan 2016, yang merupakan teks prosedur sivil yang utama di Singapura.

 

Dengan pengalaman beliau yang luas dalam penyelesaian pertikaian, Nicholas amat berbangga dalam memberi nasihat dan menghasilkan penyelesaian undang-undang praktikal untuk menyelesaikan pelbagai pertikaian yang dihadapi oleh kliennya.

 

Contact details

Nicholas Yong, Associate Director

E-mail: [email protected] 

DID: +65 6645 4504

Mobile: +65 9766 6063